Glitter Words
Share |

Monday, November 28, 2011

Sayur-sayuran

Add caption

Buah-buahan Tempatan

Simpulan Bahasa

B

Bau-bau bacang - Pertalian keluarga yang jauh.

Beralih akal – Berubah fikiran atau pendapat.

Beralih angin – Bertukar tempat, ke suatu tempat untuk berehat.

Bergadai nyawa – Sanggup memberhayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu.

Berhati batu – Bersifat degil, tidak berasa kasihan .

Berhati waja – Tidak mudah kecewa.

Bermuka dua – Tidak jujur @ belot.

Bertikam lidah – Bertengkar @ berdebat.

Buah Mulut – Perkara yang menjadi sebut-sebutan.

Bulat Hati – Ikhlas , tetap hati dan bersungguh-sungguh.

Buruk Siku – Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.

Simpulan Bahasa

A

Abang angkat – Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri.

Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu orang lain .

Abu Jahal – Orang yang jahat.

Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.

Ada bakat -mempunyai kebolehan.

Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan tertentu.

Ada Hati – Mempunyai keinginan

Ada Jalan - Mempunyai Cara

Ada Perangai – Ada tingkah laku yang kurang baik.

Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.

Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada kuasa

Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang lain supaya berpecah belah.

Adu Kening – Diperhendapkan atau diketemukan.

Air Bujang – Hidangan minuman sahaja tanpa kuih

Air Emas – Sesuatu yang diingati selama-lamanya

Air mati -Air kosong yang sudah dimasak

Air Muka- Wajah atau nama baik

Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh

Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah dan muslihat

Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea

Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat

Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk menahan daripada lapar

Ambil Angin – Bersiar-siar

Ambil Berat – Mengambil Tahu

Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

Anak Gahara – Anak raja daripada pemaisur

Wednesday, November 9, 2011

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

· perkataan dengan perkataan
· rangkai kata dengan rangkai kata
· ayat dengan ayat


Contoh

1) agar: Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

2)apabila: Mukanya pucat apabila disoal.

3) atau: Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

4) bahawa: Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

5) dan: Leela dan Siu Lan berjiran.

6) hingga: Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

7) Jika: Saya berpayung jika hujan.

8)Jikalau: Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

9)kecuali: Semua murid Nadir kecuali Gopal.

10)kerana: Aini menangis kerana terlalu sedih.

11) lalu: Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

12)manakala: Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

13) sambil: Zalifah bernyanyi sambil menari.

14) serta: Zahid serta abangnya menonton wayang.

15)semenjak: Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

16)sementara:Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

17)sungguhpun:Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.

18) supaya: Belajarlah bersungguh‑sungguh supaya pandai.

19) walaupun: Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.

20) tetapi: Badannya besar tetapi penakut.

Saturday, November 5, 2011

Kata Kerja

Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
~Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.

-mendengar ialah kata kerja transitif
-radio ialah objek (kata nama)

~Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men , men ...i, men ...kan, memper , memper...i, dan memper...kan.
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

(a)Pak Abu menjala ikan.
(b)Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)"Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon¬an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.



~ Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
~Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber , men , ter , ber... an,dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

*Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’di hujungnya.

Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Tuesday, November 1, 2011

Jenis-jenis Ayat

1. Ayat Penyata

*Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakanataumemberi keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh:
a) Nadiah seorang jurugambar.
b) Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.
c) Abdullah sedang tidur.
d) Bunga ros itu harum baunya.
e) Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat
f) dengan pembinaaan dan pengembangan bahasa.

2. Ayat Seruan

*Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya.
Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Contoh:
a) Amboi, garangnya kakak kamu itu!
b) Wah, besarnya rumah kamu!
c) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu!
d) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

3. Ayat Tanya

*Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Contoh :
a) Apa yang kamu buat di sini?
b) Kamu hendak pergi ke mana?

4. Ayat Perintah
*Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap
pendengar.
Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.
Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta.
Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar.
Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel –lah. Ini kerana, tanpa partikel –lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar.Dengan adanya partikel –lah, maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah. Contoh:
“Duduklah di tempat masing-masing”
Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.

Contoh:
a) Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan.
b) Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.
c) Silalah ke pentas utama.
d) Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.