Glitter Words
Share |

Friday, December 9, 2011

Kesalahan Umum Tatabahasa

Frasa Kerja Tak Transitif 不及物动词短语

1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapt bertugas sebagai predikat 
   ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif 

   sebagai kata kerja utamanya.

2. Yang berikut ialah kesalahan umum dalam penggunaan frasa tak transitif:

   Adik menjerit suara yang nyaring.  (salah)
   Adik menjerit dengan suara yang nyaring.  (betul)

* Frasa kerja tak transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas.



Frasa Kerja Transitif 及物动词短语

1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja

   transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata transitif itu.

2. Perhatikan kesalahan umum dalam penggunaan frasa kerja transitif seperti yang

   berikut:

   Swee Ann menerangkan tentang hobinya. (salah)

   Swee Ann menerangkan hobinya. (betul)

  * Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek kata transitif 
    itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.



Frasa Kerja Pasif 被动动词词语

Buah epal itu saya sudah simpan. (salah)

Buah epal itu sudah saya simpan. (betul)

* Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut
  bentuk terikat.Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara
  kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif itu.



Kucing itu Ahmad pelihara. (salah)

Kucing itu dipelihara oleh Ahmad. (betul)

* Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa 
  kerja pasif diri pertama dan pasif diri kedua.


Kesalahan Umum Tatabahasa

Ayat Tergantung  病句

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Dalam susunan biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
3. Contohnya:

   a) Bola itu melantun.

   b) Haiza tidur di dalam biliknya.

4. Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan letak predikat di depan
5. Contohnya:

   a) Melantunkah bola itu?

   b) Tidurkah Haiza di dalam biliknya?

6. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya dan tidak ada predikatnya bukan ayat.

7. Contoh-contoh ayat yang salah dan betul.

   i) Di seluruh dunia mengecam tindakan yang kejam itu.  (salah)

      Penduduk di seluruh dunia mengecam tindakan yang kejam.  (betul)


  ii) Untuk mengurangkan masalah ponteng sekolah, perlu bekerjasama dengan ibu
      
      bapa pelajar.  (salah)

      Untuk mengurangkan masalah ponteng sekolah, pihak sekolah perlu bekerjasama
      
      dengan ibu bapa pelajar. (betul)

Wednesday, December 7, 2011

Sajak

BUMI

Bumi,
dulu kau memang indah,
membuat hatiku senang melihatmu,
kini, kau tidak lagi indah, 
membuatku menangis,
menahan marah.

Oh,
mengapa bencana terjadi di bumi,
memusnahkan bumi,
manusialah punca utama,
terjadi kekotoran di dunia.

Wahai manusia, 
sanggupkah kau melihat bumimu kotor,
dan menderita diserang nyamuk,
kulit semuanya bengkak-bengkak,
orang naik jijik.

Hari ini,
bersihkan bumimu wahai manusia,
yang penuh dengan kekotoran,
dengan kuman dan bakteria yang berbahaya.

Jika tidak, 
engkau akan menderita,
kerana tidak menjaga bumi.









Bandingan Semacam

1. kecil seperti semut 细小如蚂蚁
2. keras seperti batu 硬如石头
3. kurus seperti lidi瘦如椰枝


4. laju seperti roket 快如火箭
5. licin macam belut 滑如泥鳅
6. ligat seperti gasing 极旋如陀螺


7. manis seperti madu 甜如蜜
8. masam seperti cuka 酸如醋
9. masin seperti garam 咸如盐


10. nipis macam kertas 薄如纸


11. pahit bagai hempedu 苦如胆汁
12. panas seperti api 热如火
13. putih seperti kapas 白如棉

14. rajin macam semut 勤劳如蚂蚁
15. ringan seperti kekabu 轻如棉
16. riuh seperti pasar 吵如菜市


17. sejuk seperti ais 冻如冰
18. suci seperti bayi 纯洁如婴孩


19. tajam seperti pisau 利如刀
20. tandus umpama gurun 干旱如沙漠

Bandingan Semacam

1. Adil seperti hakim 公正如法官
2. Anggun seperti ratu 漂亮如皇后
3. Angkuh umpama merak 骄傲如孔雀

4. Bebas seperti burung 自由如小鸟
5. becok seperti murai 多活如喜鹊
6. berat seperti batu 重如大石

7. Cantik laksana bidadari 美若天仙
8. Cepat seperti kilat 快如闪电
9. Cerdik seperti Sang Kancil 聪明如鼠鹿

10. Diam seperti batang kayu 静如木材


11. Garang macam harimau 凶猛如虎
12. Gemuk macam badak 肥如犀牛


13. Hangus seperti arang 焦如炭
14. Harum seperti bunga 香如花
15. Hijau umpama daun 青如叶

16. Jinak seperti merpati 温驯如鸽子 
17. Jahat macam hantu 坏蛋如鬼