Glitter Words
Share |

Tuesday, November 1, 2011

Jenis-jenis Ayat

1. Ayat Penyata

*Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakanataumemberi keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh:
a) Nadiah seorang jurugambar.
b) Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.
c) Abdullah sedang tidur.
d) Bunga ros itu harum baunya.
e) Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat
f) dengan pembinaaan dan pengembangan bahasa.

2. Ayat Seruan

*Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya.
Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Contoh:
a) Amboi, garangnya kakak kamu itu!
b) Wah, besarnya rumah kamu!
c) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu!
d) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

3. Ayat Tanya

*Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Contoh :
a) Apa yang kamu buat di sini?
b) Kamu hendak pergi ke mana?

4. Ayat Perintah
*Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap
pendengar.
Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.
Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta.
Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar.
Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel –lah. Ini kerana, tanpa partikel –lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar.Dengan adanya partikel –lah, maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah. Contoh:
“Duduklah di tempat masing-masing”
Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.

Contoh:
a) Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan.
b) Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.
c) Silalah ke pentas utama.
d) Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment